Terma & Penafian

Baca dulu sebelum pinjam.

PinjamJap dibuat untuk memudahkan, bukan menyusahkan. Kami cuma sediakan tempat untuk rekod janji antara kawan. Duit, keputusan dan risiko semuanya milik awak.

Kemas kini terakhir: 26 November 2026

Ringkasnya:

1Apa itu PinjamJap

PinjamJap ialah alat rekod. Orang yang nak pinjam buat request kepada kawan yang dia kenal. Kawan tu sendiri yang putuskan nak setuju atau tak, dan dia sendiri yang transfer duit di luar PinjamJap (contohnya melalui bank atau e-wallet).

PinjamJap tak menawarkan pinjaman, tak mengenakan faedah atau caj, dan tak ada fungsi untuk menawarkan pinjaman kepada orang lain.

2Risiko ditanggung sendiri

3Peraturan penggunaan

Dengan guna PinjamJap, awak setuju untuk:

Kami boleh gantung atau padam akaun yang melanggar peraturan ini, tanpa notis awal.

4Peringatan dah diberi

PinjamJap ada kiraan hari, amaran lewat bayar dan peringatan dalam app. Peringatan ini hanya untuk membantu. Kalau peringatan tak sampai, lambat sampai atau terlepas pandang, tanggungjawab untuk bayar atau kutip tetap pada pengguna, bukan pada PinjamJap.

5Data & privasi

Kami simpan data yang perlu sahaja supaya app boleh berfungsi dan selamat.

✅ Yang kami simpan

Nama paparan, emel log masuk Google, nombor phone (untuk pengesahan dan rekod keselamatan), dan rekod request atau pinjaman yang awak buat.

🚫 Yang kami tak simpan

Nombor IC, nombor akaun bank, nombor kad, kata laluan, dan duit awak. Kami juga tak jual data awak kepada sesiapa.

6Iklan & link affiliate

PinjamJap percuma kerana disokong oleh iklan dan link affiliate (contohnya Shopee). Kalau awak beli melalui link tu, kami mungkin dapat komisen kecil tanpa caj tambahan kepada awak. Pembelian, penghantaran dan jaminan produk ialah urusan awak dengan penjual tersebut.

7Perubahan & hubungi

Terma ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Kalau awak terus guna PinjamJap selepas kemas kini, maksudnya awak setuju dengan terma yang baru.

Ada soalan? Emel kami: hello@pinjamjap.com